Triany O'Harra

Triany O'Harra

Tuesday, April 12, 2011

Semakin menyinar hari itu macam-macam ragam aku temui

Sinar itu semakin terang,terang menyuluh saat-saat tibanya hari itu..kegembiraan terpancar dihati..kegirangan dihati meloncat-loncat,akhirnya cahaya hitam yang menerangi hidupku telah didatangi cahaya putih bersinar penuh harapan.17 april 2011 saat-saat yang dinantikan..Saat ikatan menjadi SAH,saatnya mengikrarkan janjinya yang selama ini ditunggu..persiapan telah pun berjalan selama dua bulan..macam-macam yang sudah aku lalui..bertengkar dengan ibu ku..ibu yang melahirkan aku..semata-mata kerana baju..bekas hantaran..duit persiapan..percakapan orang " gosip -gosip orang tua " .kenapa nak dengar gosip-gosip..lantak la pun..orang tua kan tidak mahu dikata..tidak mahu mengalah..ishhh sakit hati bila memikirkannya..hari-hari aku cuba mengawal emosi..mungkin ini salah satu dugaanNya.Surat cop tidak sah!ketua polis selangor cop pun tidak laku dekat jabatan agama islam sabah.alasannya sebab pengantin perempuan tiada semasa datang memohon.surat pengakuan bujang dari tempat berkursus yang telah disahkan dan rm10 telah digunakan untuk mendapatkan cop itu juga tidak sah..surat pengesahan bujang dari company pun tidak sah..masa itu ALLAH je yang tahu perasaan aku.sebelumnya semua dugaan ni terjadi dugaan baju nikah pun kami hadapi..14 marc 2011 call lupa nak jahit..minta ditunda tarikh 23 katanya mesti siap punya just datang jer time tu..kami datang 25hb baru ukur dan lakar di kain.masa tu pun YA ALLAh tuhan je la yang tahu..jauhnya bandar sunway & usj 8 dan ke medan mara.boleh pula baru nak gunting..katanya datang sabtu..31hb..sebelum datang seperti biasa takut terjadi perkara yang sama baik call dulu sebelum pergi..masa call tanya tu da siap ke belum..boleh marah pula..kata kak seri tu " kalau akak dah janji buat mesti siap datang je..semua da siap.. " amboi..dia dah buat silap...siap marah lagi tu..datang la kami pada keesokkan harinya..kain xtahu kemana..baju baru nak cantum tak jahit lagi..baju lelaki salah jahit...kain skirt pula hilang entah kemana...masa tu kena la akak tu...semalam bukan main marah masa kami call..minta maaf la dia bertubi-tubi..siap janji dia akan buat siap baju nikah tu...masa tu mengamuk yang sangat2 la si zairi ni...diam la dia..saya bagi dia masa sehari untuk buat...kalau tak buat kitaorang akan bakar kain tu dalam kedai tu..takut la dia berjanji nak buat secepat yang mungkin...sehari selepas tu..datang la semula ke medan mara...nasib baik siap kalau tidak tak pasal-pasal 2 set baju dia kami ambil percuma je...tapi tak puas hati juga tu..bahagian leher tidak seperti yang aku inginkan dan design yang aku beri dekat dia tidak sama seperti yang dia jahit...nak marah pun tak da guna..ini ialah ujianNYA dan aku merimanya saja walaupun sakit hati...

tak putus - putus dengan itu..di kampung masih sibuk membuat persiapan...macam biasa aku kan pengantin masa itu..dalam masa yang sama mahu tahu apa yang terjadi apa yang mereka buat...ermmm tunggu dan lihat je dorang kata nanti datang dan terus duduk sanding tak payah banyak cakap....nak gaduh pun tak da gunanya kali ini biarkan saja apa yang mereka mahu buat.. .aku sudah tidak boleh hadapinya...biar la mereka yang urus semuanya...

sepanjang perjalanan persiapan pernikahan aku berjalan,,terlalu banyak yang berlaku suka duka..keperitan dari pelbagai aspek..kalau ada yang boleh memahami alhamdulillah...kalau yang tidak boleh memahami itu biar la dia merasakan apa aku rasakan nanti..dari segala aspek tak kira la orang itu siapa...